Visi, Misi, Objektif Umum dan Lain-Lain
Lantaran kemahuan kami untuk merealisasikan kejayaan perjalanan Maahad Tahfiz Darul Hikmah ini, selain untuk melihat kemunculan bintangnya dan ketinggian sahamnya berbanding pusat-pusat tahfiz al-Quran yang lain, maka kami menggariskan visi dan misi Maahad Tahfiz Darul Hikmah serta beberapa sasaran atau objektif yang kami akan sama-sama berazam dan berpenat lelah untuk menjadikannya suatu kenyataan in shaa Allah.
VISI KAMI
Menjadi sebuah institusi Islam yang utuh untuk mengajar al-Quran dan ilmu-ilmunya dalam bentuk yang maju lagi moden yang bersesuaian dengan keperluan-keperluan semasa, di samping untuk melahirkan generasi-generasi al-Quran yang mahir dalam bidang dakwah kepada Allah taala bagi menyumbang ke arah kebangkitan umat dan menghidupkan warisannya yang unggul lagi ulung.
MISI KAMI
Menyebarkan budaya pengajian al-Quran di kalangan generasi baru Islam dalam bentuk baru dan moden.
Memperkenalkan generasi muda kepada ilmu-ilmu al-Quran yang pelbagai seperti ilmu tajwid, tafsir dan lain-lain, di samping mengajar ilmu-ilmu itu kepada mereka dalam bentuk yang menarik dan dengan cara-cara yang mudah.
Mencungkil, menggilap, menyuburkan dan memanfaatkan bakat-bakat pelajar dalam bentuk yang betul.
Menanam dan memupuk semangat persaingan dalam mempelajari al-Quran dan ilmu-ilmunya di kalangan pelajar.
Mengajar seni dakwah kepada Allah Taala dengan cara yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa.
OBJEKTIF UMUM KAMI
Maahad Tahfiz Darul Hikmah menjadi institusi pertama di peringkat negara dalam mengajar al-Quran dan ilmu-ilmunya kepada generasi muda yang merupakan tiang utama bagi mana-mana masyarakat yang berjaya dan maju. Sasaran ini boleh dikira sebagai suatu sasaran asas yang mempunyai rentetan-rentetannya pada peringkat dunia in shaa Allah.
Maahad Tahfiz Darul Hikmah menjadi suatu mercu tanda yang menonjol dan mempunyai standard istimewa dalam bidang al-Quran dan juga ilmu-ilmunya.
Menyemai benih bagi menjadikan generasi muda menyukai kitab Allah taala dan ilmu-ilmu kitab suci tersebut.
Memberikan sumbangan dakwah dalam menyebarkan al-Quran di kalangan orang ramai sebagai suatu sistem kehidupan, pencetus kebangkitan, cara hidup umat dan pembimbing ke arah kebaikan serta sebagai perlembagaan umat manusia seluruhnya.
OBJEKTIF KHUSUS KAMI
Semua pelajar Maahad Tahfiz Darul Hikmah pandai membaca al-Quran dengan gaya sebutan Arab dengan kepandaian yang sempurna, mantap dan menepati kaedah-kaedah tajwid yang sudah termaklum, samaada secara teori mahupun secara amali, melalui suatu perancangan dan garis panduan yang berkesan lagi teratur. Sekurang-kurangnya ialah 50 orang pelajar setiap tahun.
Mengeluarkan sejumlah penghafaz yang telah menyempurnakan hafazan al-Quran seluruhnya dengan kemas dan mantap. Sekurang-kurangnya ialah 50 orang pelajar pada setiap 3 tahun.
Mengeluarkan sejumlah pelajar yang telah menghafaz al-Quran dan memperoleh ijazah bersanad yang bersambung sehingga sampai kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, yang telah menyempurnakan bacaan al-Quran sebanyak sekali khatam daripada hafazan mereka di hadapan guru-guru yang mempunyai ijazah bersanad, dengan kemas dan mantap samaada secara teori mahupun secara amali. Sekurang-kurangnya ialah 50 orang pelajar setiap lima tahun.
Mengeluarkan jentera-jentera al-Quran dan dakwah yang baharu dari kalangan para pelajar Maahad Tahfiz Darul Hikmah yang telah terdidik atas manhaj tarbiyah yang betul lagi seimbang yang bertitik tolak daripada al-Quran dan mempunyai sasaran-sasaran dan ciri-ciri yang telah ditetapkan. Sasaran ini akan dicapai melalui suatu garis panduan yang diprogramkan dan melalui aktiviti-aktiviti yang diaturkan berasaskan nilai dan akhlak Islam yang unggul supaya mereka mengamalkannya dalam bentuk yang tersendiri dalam semua bidang al-Quran dan dakwah seperti ceramah bercorak dakwah, menjadi imam, pertandingan, majlis sambutan, tahfiz dan sebagainya, dalam tempoh lima tahun.
Semua pelajar Darul Hikmah pandai berbahasa Arab dan Inggeris dengan kemahiran yang sempurna. Tujuannya adalah untuk membolehkan mereka mengetahui budaya-budaya yang pelbagai di seluruh dunia dan membolehkan mereka mencari pelbagai ilmu secara lebih meluas, bagi mempersiapkan mereka untuk menjalankan tugas-tugas dakwah dalam bentuk yang tersendiri dan unggul, serta bagi meluaskan lagi skop dakwah kepada Allah Taala dengan hikmah dan peringatan yang baik.
WASILAH DAN STRATEGI
Memajukan dan menaik taraf jentera-jentera yang berkerja di Maahad Tahfiz Darul Hikmah melalui kursus-kursus penaiktarafan kelayakan, demikian itu dengan berpandukan suatu perancangan atau garis panduan yang dirangka dan ditetapkan.
Penilaian yang berterusan terhadap pelaksanaan kerja di Maahad Tahfiz Darul Hikmah samaada pada tahap pengajara mahupun pada tahap pengurusan pejabat, berdasarkan kaedah-kaedah yang tersusun dan tertentu.
Sentiasa menaik taraf tahap kemahiran para guru dalam mentahfiz dan mengajar al-Quran, begitu juga dalam mengajar ilmu-ilmu al-Quran, dengan pelbagai cara yang terbaik.
Menggunakan medium-medium teknologi moden sebagai alat bantuan pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang pembelajaran.
Mengadakan mesyuarat berkala yang berterusan antara:
• Pihak pentadbiran MTDH dengan badan penasihat MTDH.
• Pihak pentadbiran dengan para guru.
• Pihak pentadbiran dengan para penjaga pelajar.
• Para guru dengan para penjaga pelajar.
Menjadi sebuah institusi Islam yang utuh untuk mengajar al-Quran dan ilmu-ilmunya dalam bentuk yang maju lagi moden yang bersesuaian dengan keperluan-keperluan semasa, di samping untuk melahirkan generasi-generasi al-Quran yang mahir dalam bidang dakwah kepada Allah taala bagi menyumbang ke arah kebangkitan umat dan menghidupkan warisannya yang unggul lagi ulung.
PASUKAN GERAK KERJA
Pasukan gerak kerja pentadbiran yang berkepakaran yang telah mempunyai pengalaman dan pengetahuan dengan pusat-pusat tahfiz.
kumpulan ulama dalam semua bidang ilmu agama dan pakar al-Quran yang cemerlang dalam mengajar al-Quran dengan gaya sebutan Arab. Mereka juga perlulah diakui kelayakan dan memperoleh ijazah dengan sanad yang bersambung sehingga sampai kepada Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam dalam bidang al-Quran dan qiraat sepuluh.
Badan penasihat tertinggi yang terdiri daripada para ulama dan ahli profesional untuk merangka strategi-strategi kerja dan penambahbaikan yang berterusan terhadap pelaksanaan kerja pentadbiran serta kualiti para guru.