Testimoni
Apa Kata Pelajar Dan Ibu Bapa

Sepanjang 3 tahun saya di MTDH, saya dapat perbaiki bacaan, solat, dan kasih sayang daripada seorang guru yang saya memandang tinggi. Saya dapat rasa segala usaha yang saya buat dihargai oleh Ustaz. Saya pernah ada niat nak keluar MTDH, tapi saya takut kalau saya tinggalkan MTDH saya tak dapat bersama dengan ustaz lagi. Impian saya di sini selepas habis al-Quran, saya akan ikut Ustaz Hakim meneruskan perjuangan.
Saladdien Azrie
Pelajar MTDH

Saya nak bagi tahu sedikit apa yang saya dapat dekat MTDH ni, first sekali saya dapat menghafal dengan bagus, yang kedua saya dapat membina adab di MTDH,yang 3 saya dapat menjaga solat dengan tepati waktu.
Ammar Amsyar
Pelajar MTDH

Saya nak kongsi sepanjang saya belajar di MTDH saya sangat bersyukur kerana mempunyai mudir, guru-guru dan kakitangan MTDH yang sangat peramah dan prihatin. Alhamdulillah saya dahulunya membaca al-Quran tanpa mengenal hukum-hukum tajwid tetapi semenjak saya sekolah di MTDH Alhamdulillah saya dapat mengenal hukum tajwid dan bacaan saya lebih lancar daripada sebelum ini. Bagi saya memilih rakan yang baik sangatlah penting untuk kita, dan Alhamdulillah rakan-rakan semua baik.Terima kasih pada guru MTDH kerana mendidik kami jadi lebih baik dari segi akidah dan akhlak. Semoga pelajar-pelajar yang belajar di MTDH berjaya di dunia dan akhirat In sya Allah.
Syamierah
Pelajar MTDH

Alhamdulillah,Sepanjang saya belajar di MTDH, saya berasa lebih bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan pengajian saya kerana pihak pengurusan MTDH menyediakan suasana tempat pengajian yang baik dan selesa. Disamping itu juga dengan adanya ustaz dan ustazah yg berwibawa dan prihatin mendidik saya untuk berjaya dalam pendidikan.
Selain itu, hubungan saya dengan rakan-rakan di MTDH sangat baik. Saya doakan semoga MTDH terus maju jaya kerana MTDH dapat menyediakan tempat pengajian yang bagus dari segi akademi dan diniyyah, saya rasa bertuah dan bersyukur menjadi salah seorang pelajar MTDH. Terima kasih kepada para asatizah MTDH. Syukran jazilan
Rabi’atul ‘adawiyah
Pelajar MTDH

Alhamdulillah dengan izin Allah, sejak anak saya belajar di MTDH genap 3 tahun yang lalu, banyak sangat perubahan positif yang berlaku terhadap kami sekeluarga amnya, dan dirinya sendiri khususnya. Setiap kali balik, akan ada dakwah kecil yang dilakukan dalam rumah yang mana kami seisi keluarga dapat manfaat dan ilmunya.
Waktu PKP 2020, dialah yang mengimamkan kami dalam terawih. Kerja rumah juga banyak yang dibantunya tanpa perlu disuruh, atas kesedaran rasa tanggungjawab membantu meringankan kerja ibunya. Syukran Alhamdulillah, Allah kurniakan hati yang terang dan dilancarkan lisannya untuk menghafaz, dan peningkatan hafazan yang baik walau dalam tempoh belajar online waktu PKP.
Pemantauan guru dan cara pengurusan yang mantap dan diyakini, adalah antara ciri utama yang membuatkan saya terus yakin untuk menyerahkan anak saya, dan adiknya kelak in shaa Allah untuk menuntut ilmu Allah di MTDH. Fasiliti moden dan juga penambahbaikan berterusan yang ditunjukkan, disamping pembangunan kompleks MTDH di Baling memberi keyakinan yang lebih teguh terhadap misi dan visi MTDH dalam membentuk ilmuan cemerlang in shaa Allah.
Ibu Saladdien

Pertama sekali syukur alhamdulillah Harraz Qushayyi diberi peluang rezeki untuk belajar di MTDH secara sepenuh masa mulai Mac 2022 selepas beberapa bulan belajar separuh masa pada 2021. Seawal umur 6 tahun masa tu dah risik² nk sekolah kt MTDH tp masa tu ustaz belum buka untuk pelajar kecil². Cuba nasib di Sriti Subang tapi tiada rezeki untuk Harraz. Tahun 1&2 di SKBJ,dengan cabaran banyak belajar secara dalam talian akibat covid 19. Agak huru hara pelajaran dan tahap pencapaiannya masa tu.
Alhamdulillah Mac 2022 rezeki Harraz dapat belajar sepenuh masa di MTDH...Syukur sangat² Allah bagi peluang ni untuk Harraz juga untuk baba dan ommi. Daripada gusar anak masih belum boleh membaca, ABC pun masih tunggang langgang sentiasa iringi dengan doa semoga anak² di kuatkan daya ingatan,terang hati dan lancar lidahnya dalam menuntut ilmu dan menghafal Al Quran. Syukur alhamdulillah dengan tunjuk ajar semua tenaga pengajar yang sabar dengan kerenah Harraz yang banyak main dari belajar ni..Mac-Ogos ada peningkatan dlm pelajaran Harraz. Sudah boleh menghafal beberapa surah dan menjadi imam di rumah, alhamdulillah. Terima kasih yang tak terhingga buat semua tenaga pengajar yang tak pernah jemu dalam memberi ilmu yang bermanfaat untuk anak didik. Semoga Harraz Qushayyi terus cemerlang dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat in shaa Allah
Ibu Harraz

Saya ibu kepada Nik Muhamad Al-Fateh bin Nik Muhamad Amiru. Al-Fateh jadi seorang yang boleh terima arahan dengan baik semenjak dia belajar di Maahad Tahfiz Darul Hikmah... Alhamdulillah al Fateh jugak banyak surah-surah yang telah dihafalnya dengan cepat… Yang paling saya suka pada sekolah ini adalah guru-gurunya yang sentiasa beradap sehingga al Fateh pun bila di rumah percakapannya serta tingkah lakunya turut beradap Alhamdulillah… Saya suka anak saya belajar di sini dan saya izinkan anak saya dirotan jika bersalah... Rotan kasi kaw kaw… Akhir kata sekolah ini mmg baguss baguss baguss.
ibu al-Fateh
Pelajar MTDH

Saya sangat bersyukur kepada Allah yang Maha Esa dan bangga anak saya belajar di Maahad Tahfiz Darul Hikmah ini kerana dapat bimbingan daripada Mudir, ustaz dan ustazah yang banyak mengajar, melayan dan berjaya mendidik anak-anak saya menjadi anak-anak yang berilmu dan berakhlak. Semoga maahad ini terus melangkah dan berjaya mendidik dan melahirkan generasi yang seterusnya.. Saya juga berdoa agar anak anak semua yang belajar di maahad ini berjaya di dunia dan di akhirat In sya Allah...Aamiin
Ibu Syahirah