MTDH BALING

Maahad Tahfiz Darul Hikmah (BALING)

Pengenalan Kompleks Maahad Tahfiz Darul Hikmah Baling

MTDH mempunyai tanah wakaf yang sekian lama terbiar tanpa diusahakan oleh kerana kekangan kewangan, tanah ini berkeluasan tiga ekar lebih kurang dan kawasannya dikelilingi bukit dan tanaman-tanaman yang menghijau sangat cantik jika dilihat. Cuma apabila kawasannya berbukit untuk membina bangunan perlulah diratakan dahulu, oleh kerana kos untuk meratakan tanah agak tinggi maka tanah ini lama terbiar dan menjadi hutan. MTDH berusaha untuk merana tanah ini sedikit demi sedikit sehinggalah berjaya diratakan sepenuhnya pada tahun 2023.

MTDH bertekad ingin membangunkan kompleksnya sendiri di tanah wakaf ini. Projek ini dibahagiakan kepada tiga fasa: fasa pertama (1) meratakan tanah, fasa kedua (2) membina sebuah bangunan tiga tingkat, dan fasa ketiga (3) membina kompleks MTDH. Anggaran untuk menjayakan projek ini adalah RM25,000.000 (dua puluh lima juta). Bagi fasa pertama –alhamdulillah- kita telah berjaya menyiapkannya. Sekarang kita dalam usaha mencari dana untuk fasa kedua iaitu membina bangunan tiga tingkat. Anggaran kos untuk fasa kedua adalah RM3,000.000 (tiga juta)

Walau bagaimanapun MTDH membuat keputusan untuk membina bangunan pertama satu tingkat di tanah ini, yang boleh menempatkan 20-25 orang pelajar sahaja agar tanah ini dimanfaatkan dan pahalanya mengalir kepada pewakaf. Bangunan pertama ini juga memerlukan dana hampir RM600,000.00 (enam ratus ribu) untuk beroperasi dengan baik. MTDH mengambil keputusan ini kerana sedar jumlah untuk menjayakan fasa kedua amat sukar. Oleh itu, MTDH lakukan yang mana termampu dahulu, dan mengharapkan projek ini akan sempurna pada satu hari nanti, akan memberi manfaat kepada ummah khususnya generasi baru.

Fasa Dan Sistem Pengajian Yang Akan Dilaksanakan Di Kompleks MTDH Baling

Maahad Tahfiz Darul Hikmah mengambil pendekatan yang mungkin berbeza daripada sekoleh-sekolah tahfiz yang lain, ini kerana MTDH ingin melahirkan ahli al-Quran yang berkuali dan menjiwai kalam Allah yang agong. Oleh itu, sistem pengajian di MTDH dibahagikan kepada beberapa fasa untuk memastikan pelajar memahami perjalanan untuk menjadi ahli al-Quran. Pembahagian ini secara ringkasnya dibahagikan kepadaa tiga peringkat, pertama: peringkat rendah iaitu Fasa Aulad. Kedua: peringkat menengah dikenali sebagai Fasa Hifz dan SPM. Ketiga: peringkat Syahadah dan Ijazah atau dikenali sebagai Fasa Ijazah, fasa inilah akan dilaknakan di kompeks MTDH Baling. Sila rujuk sistem pengajian MTDH untuk mengetahui lebih lanjut peringkat pengajiannya.

Pelajar akan melalui proses 3T iaitu tahfiz, tarbiah dan ta’lim. Maksud “Tahfiz” ialah proses menjadikan seorang itu hafiz al-Quran. Di sini pelajar akan mengulang hafazan sehinggalah betul-betul cemerlang dan tidak ada sedikit pun kelemahan pada hafazan mereka. Ada pun tarbiah dan ta’lim pula bermaksud pelajar akan dididik dengan adab-adab Islam dan ilmu agama sehingga terzahir sifar-sifat mulia pada mereka. Di fasa ini juga pelajar akan mendalami kitab-kitab turath yang membantu mereka memahami al-Quran dan sunnah, MTDH yakin pelajar akan menjadi seorang mukmin yang berdisiplin tinggi apabila tamat pengajian di sini in shaa Allah.

Bukti Tanah Diwakafkan Kepada Maahad Tahfiz Darul Hikmah

Keadaan Tanah Sebelum Diratakan Sepenuhnya

Proses Membina Bangunan Pertama Di Tapak Kompleks MTDH Baling

Tanah Selepas Diratakan Dan Gambar Contoh Kompleks MTDH

Contoh Bangunan Fasa 2
(bangunan 3 tingkat)

Contoh Bangunan Fasa 3
(kompleks MTDH)